Sebahagian turutan rencana mengenai |
Orang Yahudi dan Agama Yahudi |
---|
![]() ![]() |
Siapakah seorang Yahudi? · Etimologi · Budaya |
Halakhah (Ibrani: הֲלָכָה, rumi: hălāḵā ; Jawi: هالاخه ) ialah badan hukum-hakam dan syariat agama Yahudi. Ia dibina dengan penggabungan Taurat Lisan dan Bertulis. Halakhah didasarkan pada perintah-perintah Alkitab (mitzvot), hukum-hakam Talmud dan fatwa-fatwa para rabai, serta adat dan tradisi yang disusun dalam banyak buku seperti Syulkhan Arukh. Halakhah boleh diterjemahkan sebagai "undang-undang atau hukum-hakam Yahudi" tetapi terjemahan yang lebih harfiah ialah "cara membawa diri", "cara menjalani hidup" atau "cara menjaga tatalaku". Halakhah bukan sahaja membimbing amalan dan akidah Yahudi, ia juga menjadi pedoman hidup seharian.[1]