Hamlet

Pelakon Amerika, Edwin Booth sebagai Putera Hamlet, ca. 1870

The Tragedy of Hamlet, Prince of Denmark ("Tragedi Hamlet, Putera Denmark") adalah sebuah kisah tragedi karya William Shakespeare. Drama yang berlatarkan negara Denmark mensandiwarakan pembalasan dendam Putera Hamlet ke atas mamandanya, Raja Claudius kerana membunuh Raja Hamlet, iaitu kanda kepada Claudius dan ayahanda Putera Hamlet, dan kemudian merampas takhta dan memperisterikan Gertrude, iaitu balu kepada raja lama dan bonda kepada Putera Hamlet. Drama ini terang-terangan menggambarkan kegilaan yang sebenar dan yang dibuat-buat, baik ketenggalaman dalam kepiluan mahupun gelora kemarahan, serta menerokai tema-tema pengkhianatan, dendam, sumbang mahram dan keruntuhan akhlak.

Hamlet adalah drama Shakespeare yang paling lama, bahkan adalah antara tragedi yang paling berkuasa dan berpengaruh dalam kesusasteraan Inggeris, dengan sebuah cerita yang mampu "diceritakan semula dan diadaptasikan tanpa henti."[1] Drama ini adalah antara karya Shakespeare yang paling laris sewaktu zaman beliau,[2] malah merupakan antara yang paling dipentaskan dalam sejarah, termasuklah mengungguli senarai persembahan Royal Shakespeare Company sejak tahun 1879.[3] Ia telah mengilhami sasterawan-sasterawan lain seperti Goethe, Dickens, Joyce dan Murdoch, malah diperikan sebagai "cerita yang paling banyak kali difilemkan selain Cinderella".[4]

Shakespeare mengasaskan Hamlet pada legenda Amleth yang dipelihara oleh Saxo Grammaticus, seorang pembabad abad ke-13 dalam karyanya Gesta Danorum seperti yang kemudiannya diceritakan semula oleh ilmuwan abad ke-16, François de Belleforest. Beliau mungkin juga memperoleh ilham ataupun mungkin terkarang sebuah drama (andaian) zaman Elizabeth yang kini dikenali sebagai Ur-Hamlet. Hampir tentu sekali beliau membentuk peranan watak utama buat Richard Burbage, iaitu pelakon tragedi paling terkemuka pada zaman Shakespeare.[5] Dalam berabad-abad semenjak itu, watak Putera Hamlet telah diperan oleh pelakon-pelakon lelaki terkemuka dari zaman ke zaman.

  1. ^ Thompson and Taylor (2006a, 74).
  2. ^ Crystal and Crystal (2005, 66).
  3. ^ Thompson and Taylor (2006a, 17).
  4. ^ See Taylor (2002, 4); Banham (1998, 141); Hattaway asserts that "Richard Burbage ... played Hieronimo and also Richard III but then was the first Hamlet, Lear, and Othello" (1982, 91); Peter Thomson berhujah bahawa identiti Hamlet sebagai Burbage terbina ke dalam seni drama di beberapa detik pementasan: "we will profoundly misjudge the position if we do not recognise that, whilst this is Hamlet talking about the groundlings, it is also Burbage talking to the groundlings" (1983, 24); rujuk juga Thomson tentang janggut pemeran pertama (1983, 110).

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne