Harbin (Cina Ringkas: 哈尔滨 ; Cina Tradisional: 哈爾濱 ; pinyin: Hāěrbīn; Wade-Giles: Ha-erh-pin; bahasa Rusia Харби́н Kharbin) ialah sebuah bandar sub-provinsi dan ibu negeri Provinsi Heilongjiang di timur laut China. Letaknya di pinggir selatan Sungai Songhua. Harbin merupakan bandar industri yang makmur, menjadi bandar ke-10 terbesar di China. Ia juga merupakan pusat politik, ekonomi, ilmiah, budaya, dan komunikasi di China timur laut.
Harbin memiliki nama jolokan 'Mutiara di leher angsa' kerana bentuk Heilongjiang yang menyerupai seekor angsa, atau sebagai 'Moscow Oriental' atau 'Paris Oriental' kerana bentuk seni binanya. Harbin juga dikenali sebagai 'Kota Ais' kerana musim dinginnya yang panjang dan sentiasa dingin dan sejuk beku.