Paradigma | Pelbagai paradigma: imperatif, kefungsian, berorientasikan objek, pantulan |
---|---|
Muncul pada | 1999 |
Direka oleh | Antonio Linares |
Pembangun | Viktor Szakáts dan komuniti |
Lepasan stabil | 3.0.0 (17 Julai 2011 | )
Lepasan pratunjuk | 3.1.x tersedia daripada SVN |
Disiplin penjenisan | secara pilihan itik, dinamik, selamat, separuh tegas |
Dialek | Clipper, Xbase++, Flagship, FoxPro, xHarbour |
Dipengaruhi | dBase, Clipper |
Mempengaruhi | xHarbour |
OS | Rentas-pelantar |
Lesen | Sumber terbuka serasi GPL |
Sambugan fail biasa | .prg, .ch, .hbs, .dbf |
Laman web | http://www.harbour-project.org/ |
Harbour ialah sebuah bahasa pengaturcaraan komputer moden. Ia serasi dengan Clipper yang rentas-pelantar, mampu berjalan pada kebanyakan sistem pengendalian (DOS, Microsoft Windows, Linux, varian Unix, beberapa keturunan BSD, Mac OS X, MINIX 3, Windows CE, Pocket PC, Symbian, iPhone, QNX, VxWorks, OS/2/eComStation, BeOS/Haiku, AIX) menggunakan kod sumber dan pangkalan data yang sama.
Walaupun ia sebuah bahasa pengaturcaraan serbaguna yang hebat, namun ia diguna terutamanya untuk mencipta atur cara pangkalan data/perniagaan. Harbour telah diselenggarakan dengan aktif mencari kepelbagaian sambil mengekalkan keserasian kebelakang dengan gaya Clipper. Ia telah melalui pelbagai perubahan dan mendapat kepopularan meluas dalam tahun 1980-an dan 1990-an.
Lesen sumber terbuka Harbour[1] serupa dengan Lesen Awam Am GNU, kecuali ia menyokong aplikasi hak milik, jadi sesebuah aplikasi hak milik boleh dihasilkan dengan Harbour dan diedarkan.