Hari Mei | |
---|---|
Official name | May Day |
Date | 4 Mei |
Hari Mei ialah sebuah cuti umum yang biasanya disambut pada 1 Mei atau Isnin pertama bulan Mei. Ia merupakan hari perayaan kuno Musim bunga[1] dan cuti musim bunga tradisional kini di kebanyakan negara Eropah. Tarian, nyanyian dan kek biasanya sebahagian daripada pesta.[2]
Pada tahun 1889, Hari Mei dipilih sebagai tarikh bagi Hari Pekerja Antarabangsa oleh Sosialis dan Komunis Antarabangsa Kedua untuk memperingati rusuhan Haymarket di Chicago.[3] Hari Pekerja Antarabangsa juga dipanggil "Hari Mei", tetapi ia ialah sambutan yang berbeza daripada Hari Mei yang tradisional.