Hati Perempuan | |
---|---|
![]() | |
Genre | Drama Cinta konflik |
Berdasarkan daripada | Hati Perempuan oleh Nur Ain Al-Abbas |
Ditulis oleh | Nur Ain Al-Abbas (novel) Nieza Nahar (drama) |
Pengarah | Kas Roshan |
Dibintangi oleh | Saharul Ridzwan Mia Ahmad Hafreez Adam Hafeez Mikhail Nadzmi Adhwa Bella Nazari |
Lagu pembukaan | "Sampai Mati" oleh Hazama |
Lagu penutup | "Bunga Dhia" oleh Aiman Sidek |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 28 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Azlina Sanimin |
Penerbit | Suriyati Sidek |
Penyunting | Eddey Mat Napi |
Lokasi | Malaysia |
Sinematografi | Muhammad Mohd Rameli (Carlos) |
Tempoh siaran | 44 minit |
Syarikat penerbitan | Creative Skill Solution Sdn Bhd |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Siaran asal | 30 Mac 2015 – 14 Mei 2015 |
Kronologi | |
Mengikuti | Teman Lelaki Upahan |
Diikuti oleh | Dia... Isteri Luar Biasa |
Hati Perempuan ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2015 yang diadaptasi daripada novel 2013 dengan judul sama karya Nur Ain Al-Abbas terbitan Penulisan2u. Novel ini diadaptasikan ke layar TV oleh Creative Skill Solution dan ditayangkan di Slot Akasia TV3 pada 30 Mac hingga 14 Mei 2015[1], menggantikan Teman Lelaki Upahan. Skrip ditulis oleh Nieza Nahar dan diarahkan oleh Kas Roshan, dibintangi oleh Saharul Ridzwan dan Mia Ahmad sebagai teraju utama, serta Hafreez Adam dan Bella Nazari sebagai watak antagonis. Slogan drama ini ialah Memahami hatimu lebih sukar daripada memilikinya.[2][3]