Rencana ini mungkin tidak seimbang kepada beberapa sudut pandangan. (September 2020) |
Hawari (Arab: حَوَارِي, rumi: ḥawārī "teman; pembantu",[1] bentuk jamak: حَوَارِيُّون ḥawāriyyūn; Yunani: ἀπόστολος, apóstolos ) merujuk kepada beberapa orang sahabat Nabi Isa, seorang tokoh yang utama dalam dua-dua agama Islam dan Kristian (melalui riwayat tersendiri). Mereka merupakan orang yang dipercayai mengikuti dekat pengutus ini semasa hayat dan pekerjaan menyebarkan ajarannya pada abad pertama Masihi; pengikut-pengikut terdekat ini kemudian menjadi periwayat segala ajaran disampaikan beliau - hal ini dipercayai asas kepada Perjanjian Baru dalam sudut pandang Kristian
Kebanyakan sumber utama menyatakan hawari ini terdiri daripada 12 orang[2] dari kaum Bani Israel (ada yang berpendapat dari kalangan Bani Kanaandan Bani Filistin) yang sangat taat beragama dan juga tekun mempelajari Kitab Injil. Walaupun semua Nabi dan dan Rasul ada Hawarinya (dalam ertikata lain “tulus pendamping” namun gelaran hawari ini jelas dikhususkan untuk merujuk kepada sahabat, murid dan pengikut Isa Al-Masih sahaja bukan untuk pengikut kepada Nabi dan Rasul yang lain.