Aquila | |
---|---|
Buruj | |
![]() | |
Nama Latin | Aquila |
Singkatan | Aql |
Genitif | Aquilae[1] |
Sebutan | /akuila/; genitif /akuile/ |
Simbolisme | Helang[1] |
Pencerapan | |
(Epok J2000) | |
18j 41m 18.2958s–20j 38m 23.7231s[2] | |
Keserongan | 18.6882229°–−11.8664360°[2] |
Keluarga | Herkules |
Keluasan | 652 darjah persegi (ke-22) |
Bintang | |
Bintang utama | 10[1] |
65 | |
Bintang dengan planet | 9 |
Bintang terang (lebih daripada 3.00m) | 3 |
Bintang dalam 10.00 pc (32.62 ly) | 2 |
Bintang paling terang | Altair (α Aql) (0.76m) |
Bintang terhampir | Altair (α Aql) (16.77 tc, 5.13 pc) |
Objek | |
Objek Messier | 0 |
Pancuran meteor | |
Buruj bersempadan | |
Catatan | |
Boleh dilihat pada garis lintang antara +90° dan −75°. Penglihatan terbaik pada jam 21:00 (9:00 malam) ketika bulan Ogos. | |
sunting ![]() |
Helang atau Aquila (Aql) ialah sebuah buruj di langit utara. Namanya dalam bahasa Latin bermaksud "helang" dan buruj ini mewakili burung yang membawa halilintar Zeus/Jupiter dalam mitologi Yunani-Rom.
Aquila terletak hanya sejauh beberapa darjah dari khatulistiwa samawi. Bintang alfa, Altair, ialah bucu bagi asterisme Segi Tiga Musim Panas. Buruj ini paling baik dilihat pada musim panas kerana Aquila terletak di sepanjang Bimasakti. Oleh sebab lokasi ini di sepanjang garisan galaksi kita, banyak gugusan dan nebula dijumpai di dalam lingkungan sempadannya, tetapi gelap dan ada beberapa buah galaksi.