Heliks alfa (α-heliks) ialah motif (bentuk) biasa dalam struktur sekunder protein, dan merupakan konformasi heliks tangan kanan, di mana setiap kumpulan N−H tulang belakang terikat dengan ikatan hidrogen kepada kumpulan C=O tulang belakang asid amino terletak selepas empat sisa (anggota) lebih awal di sepanjang urutan protein.
Heliks alfa juga dipanggil α-heliks Pauling–Corey–Branson klasik. Nama 3.613-heliks juga digunakan bagi jenis heliks ini, menandakan purata bilangan sisa setiap pusingan heliks, dengan 13 atom terlibat dalam gelang yang dibentuk oleh ikatan hidrogen.
Antara jenis struktur tempatan dalam protein, α-helix adalah yang paling ekstrem dan paling boleh diramal daripada jujukan, serta yang paling lazim.