Henry VII | |
---|---|
Raja England (lagi...) | |
Pemerintahan | 22 Ogos 1485 – 21 April 1509 |
Kemahkotaan | 30 Oktober 1485 |
Didahului oleh | Richard III |
Diikuti oleh | Henry VIII |
Keputeraan | 28 Januari 1457 Pembroke Castle, Pembrokeshire, Wales |
Kemangkatan | 21 April 1509 (berumur 52) Istana Richmond, Surrey, England |
Pemakaman | 11 Mei 1509 Westminster Abbey, London |
Pasangan | Elizabeth dari York (k. 1486; m. 1503) |
Anakanda lagi... | Arthur, Putera Wales Margaret, Permaisuri Scots Henry VIII, Raja England Mary, Permaisuri Perancis |
Kerabat | Tudor |
Ayahanda | Edmund Tudor, Earl ke-1 Richmond |
Bonda | Lady Margaret Beaufort |
Agama | Roman Katolik |
Tandatangan |
Keluarga Diraja Inggeris |
---|
Keluarga Diraja Tudor |
Jata Diraja |
Henry VII |
Arthur, Putera Wales |
Margaret, Ratu Scotland |
Henry VIII |
Mary, Ratu Perancis |
Henry VII (Wales: Harri Tudur ; 28 Januari 1457 – 21 April 1509) merupakan Raja England dan Lord Ireland sejak baginda merampas takhta pada 22 Ogos 1485 sehinggalah kemangkatan baginda pada 21 April 1509. Baginda merupakan raja pertama dari Kerabat Tudor.
Henry memperoleh takhta berkenaan apabila angkatan baginda mengalahkan Raja Richard III di Pertempuran Padang Bosworth. Ini adalah kemuncak Perang Bunga Mawar. Baginda merupakan raja terakhir England untuk memenangi takhta dalam medan pertempuran. Baginda mengeratkan tuntutannya dengan mengahwini Elizabeth of York, paduka puteri Raja Edward IV dan paduka puteri saudara Raja Richard III. Henry berjaya memulihkan kuasa dan kestabilan pemerintahan beraja Inggeris selepas perang saudara.