Hidroksida

Hidroksida ialah ion poliatom yang terdiri daripada oksigen dan hidrogen:

OH

Hidroksida mempunyai cas −1, dan merupakan salah satu ion poliatom yang paling mudah.

Bes yang mengandungi hidroksida dipanggil bes hidroksida. Di dalam air, bes hidroksida berpisah menjadi satu kation serta satu atau lebih ion hidroksida dan menyebabkan larutan menjadi bes, iaitu pemisahan tersebut menghasilkan alkali hidroksida yang menjalani tindak balas peneutralan dengan asid. Secara amnya, tindakan asid-alkali boleh dipermudahkan menjadi:

OH(aq) + H+(aq)H2O(l)


melalui peninggalan ion tonton. Kebanyakan hidroksida tidak boleh larut di dalam air.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne