Hidroksil

Gambaran kumpulan hidroksil organik di mana R mewakili hidrokarbon atau moieti organik (organic moiety) yang lain, sfera merah dan kelabu masing-masing mewakili atom oksigen dan hidrogen, manakala batang-batang yang menghubungkan antara sfera-sfera ini mewakili ikatan kovalen.

Kumpulan hidroksil mempunyai formula kimia OH. Ia mengandungi oksigen yang terikat kepada hidrogen. Dalam kimia organik, alkohol dan asid karboksilik mengandungi kumpulan hidroksil. Anion [OH] iaitu hidroksida terdiri daripada kumpulan hidroksil.

Menurut peraturan IUPAC, istilah "hidroksil" hanya merujuk kepada radikal OH manakala kumpulan berfungsi −OH dipanggil kumpulan hidroksil.[1]

  1. ^ "Alcohols". IUPAC. Dicapai pada 23 Mac 2015.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne