Contoh-contoh dan tinjauan dalam Mac 2020 ini mungkin tidak mewakili pandangan global tentang subjek ini. Sila memperbaiki rencana ini dan/atau bincangkan hal ini pada laman perbincangan.
Hizbut Tahrir (bahasa Arab: حزب التحرير, maksud Parti Pembebasan) adalah organisasi politik antarabangsa Pan Islamis dan fundamentalis, yang menggambarkan "ideologi sebagai Islam", dan tujuannya sebagai penubuhan semula "Khilafah Islam" atau negara Islam.
Hizbut Tahrir berjuang untuk menjadikan Islam sebagai permasalahan utamanya serta untuk mendirikan kembali sistem kekhilafahan.
Hizbut Tahrir merupakan jemaah politik, bukan jemaah kerohanian (seperti tarekat), bukan badan ilmiah (seperti lembaga agama atau badan penelitian), bukan institusi pendidikan (akademik), dan bukan pula pertubuhan sosial (yang bergerak di bidang sosial dan kemasyarakatan). Idea-idea Islam menjadi jiwa, inti dan sekaligus rahsia kelangsungan kelompoknya.
^The Ummah's Charter. Hizb ut-tahrir. 1989. m/s. 85. Dicapai pada 6 February 2016. Indeed, Allah (swt) has ordered the Muslims to carry the Da’wah to all mankind and to bring them into the Khilafah state. He (swt) has legislated Jihad as a method to carry the Da’wah. So the state must rise to declare Jihad against the Kuffar without any lenience or hesitation.