Homeostasis dirujuk sebagai pengekalan atau mekanisma kawal atur persekitaran dinamik dalaman (badan organisma) yang malar.
Homeostasis merupakan salah satu konsep yang paling penting dalam biologi.
Bidang fisiologi boleh mengklasifkasikan mekanisma homeostasis kawalatur dalaman organisma.
Gerak balas homeostasis berlaku pada setiap organisma.
Terdapat 2 jenis pemalar atau keadaan mantap dalam homeostasis iaitu
Dimana keadaan dalam yang tidak berubah seperti botol tertutup.
Sistem terbuka - Keseimbangan dinamik
Dimana keadaan dalam yang malar walaupun sistem ini terus berubah contohnya seperti sebuah kolam di dasar air terjun.
Organisma mempunyai 2 persekitaran iaitu:
Persekitaran luar iaitu persekitaran yang mengelilingi organisma secara keseluruhan. Organisma akan hidup secara berkongsi dengan organisma-organisma(biosis) dan objek-objek yang bukan hidupan(abiosis).
Persekitaran dalam iaitu persekitaran dinamik dalam badan manusia yang terdiri daripada bendalir yang mengelilingi komuniti sel-sel yang membentuk badan.
Biosis ialah komponen hidupan iaitu meliputi semua organisma hidupan.Contoh komponen biosis ialah: