Hortikultur

Lanskap taman adalah salah satu cabang dalam hortikultur.

Hortikultur (lakuran kekata Latin hortus "kebun"[1] dan cultūra "pengusahaan [tanah]; penanaman; pencocokan"[2] sekaligus "cucuk [tanam] kebun") ialah sains dan seni penanaman sayur-sayuran, buah-buahan, bunga hiasan dan landskap.[3] Dalam erti kata lain, hortikultur ialah salah satu cabang pertanian dengan tumpuan lebih kepada tumbuhan yang diusahakan oleh manusia sebagai makanan, tujuan perubatan, dan untuk kepuasan estetik. Terdapat dua kunci utama definisi ini yang membezakan antara tanaman hortikultur daripada tanaman lain: "tumpuan lebih kepada" dan "diusahakan oleh manusia untuk ...". Dengan itu, tanaman hortikultur adalah berbeza daripada tanaman lain dengan aras pengurusan pekerja dalam pengeluaran mereka dan kegunaan selepasnya. Tumbuhan hortikultur selalunya dibahagikan kepada yang boleh dimakan dengan kicap, iaitu yang digunakan dalam masakan atau tujuan perubatan, dan yang digunakan untuk hiasan atau tujuan estetik.[4]

  1. ^ Lihat:
  2. ^ "cultura". K. Prent dkk. (1969). ibid. m/s. 207.
  3. ^ Hortikultur. Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka.
  4. ^ Definasi tanaman khusus Diarkibkan 2012-03-08 di Wayback Machine. Institut Nasional Pertanian dan Makanan. Jabatan Pertanian Amerika.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne