Yang Berbahagia Datuk Haji Husam bin Musa DMSM (Melaka) | |
---|---|
Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad | |
Menyandang jawatan 23 Mac 2023 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | Anwar Ibrahim |
Menteri | Nga Kor Ming (Menteri KPKT) |
Didahului oleh | Mohd Nizar Zakaria |
Bendahari Pakatan Harapan | |
Menyandang jawatan 11 September 2017 | |
Didahului oleh | M. Kulasegaran |
Ahli Dewan Negara Malaysia | |
Lantikan Yang di-Pertuan Agong | |
Dalam jawatan 3 September 2018 – 2 September 2021 | |
Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan | |
Dalam jawatan 8 Mac 2008 – 2013 | |
Menteri Besar | Nik Abdul Aziz Nik Mat |
Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan bagi N17 Salor | |
Dalam jawatan 8 Mac 2008 – 2018 | |
Didahului oleh | Buni Amin Hamzah |
Digantikan oleh | Saiful Adli Abu Bakar |
Majoriti | 3,232 (2008) 3,683 (2013) |
Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan untuk Kijang | |
Dalam jawatan 2004–2008 | |
Didahului oleh | Abdul Halim Abdul Rahman |
Digantikan oleh | Wan Ubaidah Wan Omar |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Kubang Kerian, Kelantan | |
Dalam jawatan 1999–2004 | |
Didahului oleh | Mohamad Sabu |
Digantikan oleh | Salahuddin Ayub |
Majoriti | 16,901 (PRU-10) |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Kampung Kota, Kota Bharu, Kelantan, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) | 14 Oktober 1959
Parti politik | PAS (1999-2016) AMANAH (2017-kini) |
Gabungan politik lain | Pakatan Harapan (2018-kini) |
Pasangan | Datin Rohana Abd Rahman |
Anak | Ahmad Ayhad |
Pekerjaan | Ahli politik |
Anugerah awam | Senarai |
Datuk[1] Haji Husam Musa (lahir 14 Oktober 1959) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB). Beliau sebelum ini merupakan Ahli Dewan Negara (Senator) (2018-2021), mantan ADUN Kelantan selama tiga penggal (2004-2018) dan mantan Ahli Parlimen Kubang Kerian selama sepenggal (1999-2004). Di peringkat parti beliau ialah mantan Naib Presiden AMANAH dan mantan Naib Presiden PAS.
Beliau telah dipecat daripada Parti PAS pada 23 April 2016 atas tindakan melanggar tatatertib dan menegur kerjasama belakang tabir UMNO dan Pas[2].