Husky Siberia

Husky Siberia
Husky Siberia hitam dan putih
Nama lainChukcha[1]
Nama ringkasHusky
Sibe
Negara asalRusia[1]
Trait
Berat Jantan 45–60 paun (20–27 kg)
Betina 35–50 paun (16–23 kg)
Tinggi Jantan 21–23.5 inci (53–60 cm)
Betina 20–22 inci (51–56 cm)[2]
Bulu Lapis bulu ganda tebal
Warna Semua warna antara hitam dengan putih metah, dan termasuk mana-mana warna dan tanda berbeza
Saiz perinduk 4–8 ekor anak anjing
Anjing (Canis lupus familiaris)

Husky Siberia[a] ialah satu baka anjing pekerja kereta luncur salji bersaiz sederhana. Baka ini tergolong dalam keluarga genetik spits. Ia dapat dikecam mengikut lapis bulu ganda tebal, telinga segi tiga tegak, dan tanda-tanda distingtif, dan lebih kecil daripada malamut Alaska yang berpenampilan serupa.

Husky Siberia berasal dari Asia Timur Laut. Di sana, ia dibiakbakakan oleh orang Chukchi serta orang Koryak, orang Yukaghir, dan orang Kamchadal dari Siberia untuk penarikan kereta luncur salji dan sebagai pendamping.[1][3] Ia merupakan baka giat, bertenaga, dan bingkas, yang leluhurnya datang dari persekitaran sangat sejuk dan mencabar di Artik Siberia. William Goosak, seorang pedagang bulu, memperkenalkannya ke Nome, Alaska semasa Kerubut Emas Nome, pada mulanya sebagai anjing tarikan untuk mengerjakan lapangan perlombongan dan untuk ekspedisi melalui rupa bumi yang sukar dilalui.[1] Kini, husky Siberia biasanya dibela sebagai anjing peliharaan rumah, namun ia masih kerap digunakan sebagai anjing tarikan oleh para musher pertandingan dan rekreasi.[4]

  1. ^ a b c d Coile, D. Caroline (28 Disember 2023). "Siberian Husky" [Husky Siberia]. Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris). Encyclopædia Britannica. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Januari 2024. Dicapai pada 4 Januari 2024.
  2. ^ "Official Standard of the Siberian Husky" [Piawaian Rasmi Husky Siberia] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. 9 Februari 2021. Dicapai pada 4 Januari 2024.
  3. ^ Smith, Tracy A.; Srikanth, Krishnamoorthy; Huson, Heather Jay (28 Ogos 2024). Pisani, Davide (penyunting). "Comparative Population Genomics of Arctic Sled Dogs Reveals a Deep and Complex History" [Genomik Populasi Perbandingan bagi Anjing Kereta Luncur Salji Artik Mendedahkan Sejarah Dalam dan Kompleks]. Genome Biology and Evolution (dalam bahasa Inggeris). Oxford University Press. 16 (9): evae190. doi:10.1093/gbe/evae190. hdl:11603/36313. ISSN 1759-6653. PMC 11403282 Check |pmc= value (bantuan). PMID 39193769 Check |pmid= value (bantuan). S2CID 271969306 Check |s2cid= value (bantuan).
  4. ^ "Do many Siberian Huskies run the Iditarod? If not, why?" [Adakah banyak husky Siberia berlari dalam Iditarod? Jika tidak, mengapa?] (dalam bahasa Inggeris). Perlumbaan Anjing Tarikan Jejak Iditarod. 12 Oktober 2020. Dicapai pada 4 Januari 2024.


Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "lower-alpha", tetapi tiada tag <references group="lower-alpha"/> yang berpadanan disertakan


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne