Iban

Iban
Perempuan Iban memakai pakaian tradisional (Ngepan Iban) semasa perayaan Hari Gawai di Debak, Betong, Sarawak
Jumlah

penduduk

702,579 (Sarawak)[1]
19,978 (Kalimantan Barat)[2]
17,000 (Brunei)
Asal usul Kapuas Hulu[3][4]
Bahasa Iban
Agama Kepercayaan Nenek Moyang(Pengarap Lama), Kristian, Islam
Kelompok etnik terdekat Dayak Laut, Bidayuh, Melayu Sarawak-Kalimantan Barat, Orang Ulu, Balau, Mualang, Remun, Seberuang, Sebuyau, Kendayan, Keninjal, Dayak Malayik

Iban adalah salah satu kaum pribumi Pulau Borneo. Tanah leluhur orang Iban terletak di Kapuas Hulu, Kalimantan Barat. Penghijrahan yang bermula sekitar tahun 1750 ke Sarawak menjadikan mereka suku yang paling ramai di Sarawak, membentuk kira-kira 22.8% daripada jumlah penduduk negeri tersebut. Selain Sarawak, masyarakat Iban juga dapat ditemui di Kalimantan Barat, Indonesia dan Brunei. Di Sabah, mereka dikenali sebagai Iban Merotai.

Gelaran Dayak diperkenalkan oleh orang Eropah pada abad ke-19 untuk merujuk sebagai kategori umum kepada masyarakat non-Muslim di Pulau Borneo, yang pada masa itu sukar dibezakan berdasarkan persamaan budaya, kepercayaan dan ciri fizikal. Gelaran "Dayak Laut" pula merujuk kepada orang Iban yang terkenal dengan kegiatan mereka di lautan, terutamanya di Laut China Selatan antara abad ke-17 hingga ke-19. Tradisi kayau (memenggal kepala musuh) di laut menyebabkan orang Iban digeruni oleh pelayar dan pedagang asing.

Pada masa kini, kebanyakan orang Iban menganut agama Kristian, manakala sebilangan kecil lagi mengikuti agama Islam. Walaupun demikian, mereka masih memelihara nilai adat resam dan kebudayaan yang menjadi identiti mereka, termasuk dalam upacara tradisional, seni dan bahasa.

  1. ^ "Penemuan Utama Banci Penduduk Dan Perumahan Malaysia 2020.PDF".
  2. ^ "Ekspresi Cinta dan Kehidupan Orang Dayak Iban {Id}". Kompas. 20 November 2021. Dicapai pada 2023-12-06.
  3. ^ Simonson, T. S.; Xing, J.; Barrett, R.; Jerah, E.; Loa, P.; Zhang, Y.; Watkins, W. S.; Witherspoon, D. J.; Huff, C. D.; Woodward, S.; Mowry, B.; Jorde, L. B. (8 April 2023). "Ancestry of the Iban Is Predominantly Southeast Asian: Genetic Evidence from Autosomal, Mitochondrial, and Y Chromosomes". PLOS ONE. 6 (1): e16338. doi:10.1371/journal.pone.0016338. PMC 3031551. PMID 21305013.
  4. ^ "Ngepan Batang Ai (Iban Women Traditional Attire)" (PDF). 8 April 2023.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne