Kesusasteraan Maghribi |
---|
Penulis Maghribi |
Bentuk |
Kritik dan anugerah |
Lihat juga |
Ibn Āj̲rūm atau (Berber: Ajeṛṛom atau Ajerrum) dan nama penuh beliau: Abu Abdallah Mohammed ibn Mohammed ibn Dawud ibn Adjurrum es-Sanhadji (1273–1323) ialah seorang ahli tatabahasa terkenal kelahiran Maghribi yang menulis sinopsis tatabahasa Arab, Al-Muqadimmah al-Ajrumiyyah fi Mabadi Ilm al-Arabiyyah (lebih biasa diringkaskan menjadi al-Ajrumiyyah).[1] Nama beliau menunjukkan bahawa beliau berketurunan puak Sanhajah dalam bangsa Barbar, namun tidak banyak yang diketahui tentang hayat beliau melainkan beliau meninggal dunia di Fes.[2] "Adjurrum" dikatakan bermaksud "ahli sufi yang miskin" dalam bahasa Barbar Sanhajah.