Ibn Butlan (Arab: ابن بطلان ; 1038,[1] 1075) ialah seorang ahli perubatan Arab Nestoria yang aktif di Baghdad semasa Zaman Kegemilangan Islam.
Beliau menulis Taqwim al-Sihhah (The Maintenance of Health).[2] Karya tersebut membicarakan hal-hal kesihatan/kebersihan, ilmu kaji diet, dan senaman. Ia menekankan faedah perhatian tetap pada keadaan kesihatan fizikal dan mental seseorang. Populariti dan penerbitan berterusan teks ini hingga kurun ke-16 dianggap menunjukkan pengaruh yang diberi kebudayaan Arab kepada Eropah moden awal.[1][3] Salah satu sumber Yunaninya ialah Dioscorides.[4]