Ibnu Abi Hatim merupakan seorang ahli hadis yang telah menyumbang sebahagian besar masanya untuk mengkaji hadis Nabi; melakukan perjalanan mencari hadis (bahasa Arab: رحلة) ke pelbagai wilayah-wilayah Islam, melakukan kritikan terhadap hadis sanad yang didapatinya, dan banyak menulis karya penting dalam bidang tersebut; termasuk pula dalam bidang lainnya, seperti bidang tafsir, fiqh, usul fiqh dan sebagainya.[1] Disebabkan oleh sumbangannya yang begitu besar terhadap Islam, terutama dalam bidang hadis, beserta integritinya yang tinggi, para ulama memberikan banyak gelaran terhormat terhadap dirinya, antara lain: Al-Imam (seorang imam, panutan), An-Naqid (seorang pengkritik), dan sebagainya. [2][3]