Ika Nabila | |
---|---|
Kelahiran | Ika Nabila binti Abdul Rahim 22 Jun 1989 |
Pekerjaan | Penyanyi, pelakon |
Tahun aktif | 2008–kini |
Ketinggian | 5 ft 2 in (1.57 m) |
Pasangan | Muhammad Zaid (k. 2016)[1] |
Anak-anak | 1 |
Ika Nabila Abdul Rahim, juga dirujuk sebagai Ika Nabella[2] (lahir 22 Jun 1989) merupakan seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia. Kerjaya beliau bermula selepas menjadi salah seorang pelajar Akademi Fantasia Musim 6.[3] Beliau mula bergiat aktif dalam bidang lakonan sejak 2009 menerusi drama Zati & Si Mawas dan sejak itu, beliau membintangi puluhan drama dan telefilem.