ʾIlāh (Arab: إله ; jamak: آلهة ʾālihah), ialah perkataan Arab untuk "dewa" atau "tuhan". Bentuk femininnya ialah ʾilāhah إلاهة "dewi". Ia muncul dalam nama tuhan monoteistik agama Ibrahimiah sebagai Al-Lāh, harfiahnya "Tuhan".
Istilah ini ada digunakan dalam kitab al-Quran ketika menerangkan kewujudan Tuhan dan kepercayaan terhadap dewa/tuhan.