Imaduddin Zangi

Imaduddin Zangi
Atabeg dari Mosul, Aleppo, Hama dan Edessa
Pemerintahan1127–1146
Pertabalan1127, Mosul
Nama penuhImaduddin Zangi Atabeg Zangi al-Malik al-Mansur
PendahuluMahmud II
PenggantiSaifuddin Ghazi I
DinastiDinasti Zangi
AyahandaAq Sunqur al-Hajib
Jata Dinasti Zangi
Putera dari Dinasti Zangi
Kerabat dirajaDinasti Zangi

Imaduddin Zangi (s. 1085 – 14 September 1146) (juga Zangi, Zengui, Zenki, atau Zanki / Turki: İmadeddin Zengi / Arab: عماد الدین زنكي) adalah atabeg dari Mosul, Aleppo, Hama dan Edessa dan pengasas dinasti Zangi, yang mana berasal dari nama beliau.

Imaduddin, penguasa Turki dari Mosul, merupakan pemimpin yang pertama dalam sejarah, setelah ekspansi tentera salib semasa Perang Salib Pertama, yang memimpin para mujahidin Islam. Dengan bantuan seorang ulama, Ibn al-Khasysyab, meraka membawa umat Islam ke arah kemenangan menentang tentera salib dalam Pertempuran Ladang Darah di Balath. Kemenangan ini membawa impak yang besar kepada psikologi umat Islam dan menghapus tanggapan mereka tentang kekuatan tentera salib.

Kemenangan Imaduddin pada tahun 1144 mengukuhkan rasa percaya diri mereka. Kemampuan pasukan Imaduddin merebut Edessa sangat berharga kerana Edessa merupakan kota Negara Salib pertama yang berhasil direbut oleh umat Islam. Walaupun dua tahun kemudian Imaduddin tewas akibat dibunuh, Imaduddin tetap seorang pahlawan bagi umat Islam yang membakar semangat jihad mereka. Semangat jihad diteruskan oleh Nuruddin, tokoh utama Islam semasa Perang Salib Kedua yang juga putera kepada Zangi.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne