Imagine Dragons

Imagine Dragons
Imagine Dragons ditemuramah di Pesta Ilosaarirock 2013
Imagine Dragons di Pesta Ilosaarirock 2013
Latar belakang
Berasal dariLas Vegas, Nevada
 Amerika Syarikat
Genre
Instrumen
  • Gitar
  • gitar bes
  • dram
  • papan nada
Tahun aktif2008–kini
Syarikat rakaman
Pengkarya berkait
  • The Moth & The Flame
  • X Ambassadors
  • Egyptian
Laman sesawang
imaginedragonsmusic.com
Ahli
Bekas ahli
  • Andrew Tolman
  • Brittany Tolman
  • Theresa Flaminio
  • Dave Lemke
  • Andrew Beck
  • Aurora Florence

Imagine Dragons ialah sebuah kugiran rock Amerika Syarikat dari Las Vegas, Nevada. Ia terdiri daripada penyanyi vokal utama Dan Reynolds, pemain gitar Wayne Sermon, pemain bes dan papan nada Ben McKee dan pemain dram Daniel Platzman.[1] Pendedahan awal kumpulan ini adalah melalui pelancaran single "It's Time", diikuti dengan album studio penampilan sulung Night Visions (2012), di mana singles-single dalam album tersebut berjaya memasuki carta seperti "Radioactive" dan "Demons". Billboard meletakkan mereka dalam tempat teratas bagi kedudukan 'Tahun dalam Rock' untuk tahun 2013[2] dan 2017[3] serta menamakan mereka sebagai 'Band Cemerlang 2013' dan 'Band Terbesar 2017'.[4] Rolling Stone menamakan lagu "Radioactive" yang memegang rekod untuk berada dalam carta untuk banyak minggu di Billboard Hot 100 'hit rock terbesar tahun ini'[1][5][6] dan MTV memanggil mereka sebagai 'band paling cemerlang tahun ini'.[7]

Album studio kedua Imagine Dragons, Smoke + Mirrors (2015) berjaya menduduki tempat pertama di Amerika Syarikat, Kanada dan United Kingdom.[8][9] Selepas rumpang yang singkat, band itu melancarkan album studi ketiga mereka Evolve (2017), yang menghasilkan single berkedudukan teratas di dalam carta iaitu "Believer" dan "Thunder". Walaupun ketiga-tiga album mereka secara komersialnya berjaya, penerimaan kritikal terhadap album tersebut adalah bercampur.[10]

Imagine Dragons telah memenangi tiga Anugerah Muzik Amerika, lima Anugerah Muzik Billboard, satu Anugerah Grammy dan satu Anugerah World Music. Pada Mei 2014, mereka dicalonkan untuk empat belas Anugerah Muzik Billboard, termasuklah Artis Terbaik Tahun Ini dan Anugerah Penghargaan, yang mengiktiraf inovasi dan kreativiti artis yang merentasi genre berbeza. Imagine Dragons juga berjaya menjual 12 juta salinan album dan 35 juta single di seluruh dunia.[11]

  1. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama imaginedragonsmusic
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama billboard.com
  3. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama charts1
  4. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama besar17
  5. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama rollingstone
  6. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama bill
  7. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama mtv1
  8. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama uk1
  9. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama uk2
  10. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama campur
  11. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama dunia

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne