Imentet | |
---|---|
![]() Lukisan Imentet berdasarkan gambar-gambar di dalam makam | |
Nama lain | Amentet, Imentit, Amentit |
Simbol | Lambang Barat |
Pasangan | Aqen |
Imentet atau Ament yang namanya bermaksud "dia yang dari barat" merupakan dewi Mesir yang menaungi nekropolis di barat Sungai Nil. Dia merupakan isteri kepada Aqen, seorang dewa yang membimbing Ra di alam akhirat. Walaupun Imentet tidak pernah dipuja secara rasmi, dia disebut dalam pelbagai gita puja dan petikan Kitab Orang Mati.