Jenis | Akhbar dalam talian |
---|---|
Format | Akhbar dalam talian dan luar talian |
Diasaskan | 2004 |
Ibu pejabat | Washington, D.C., Amerika Syarikat |
Edaran | 3,67 juta / bulan, setakat April 2020[1] |
Penerbit | Mark Belles |
Pengarang | Scott Jaschik & Doug Lederman |
Nombor OCLC | 721351944 |
Laman sesawang | www |
Inside Higher Ed ialah syarikat media dan penerbit elektronik yang menyediakan berita, pendapaf, sumber, acara, dan pekerjaan yang berfokus pada topik kolej dan universiti. Quad Partners sebagai pengendali dalam penerbitan.[2]
Inside Higher Ed diterbitkan setiap hari dengan kandungan termasuk berita, esei pandangan dan saranan kerjaya. Penerbitannya juga memuatkan beberapa blog mengenai pendidikan, termasuk "Confessions of a Community College Dean," "Conditionally Accepted" dan "GradHacker",[3] di samping menerbitkan juga Admissions Matters, sebuah penerbitan dalam talian mengenai penerimaan kolej dan berita pendaftaran. Pada tahun 2018, Inside Higher Ed mula menerbitkan laporan tambahan selain berita dan penawaran editorial.[4] Selain itu, terdapat juga siniar mingguan, "The Key with Inside Higher Ed," tempat penyunting dan wartawan membincangkan cabaran yang ditimbulkan oleh pandemik dan kemerosotan terhadap pendidikan tinggi, dengan fokus khusus kepada siswa berpendapatan rendah.[5]
Sejak 2012, Inside Higher Ed dan Gallup telah bekerjasama untuk meninjau profesional pendidikan tinggi setiap tahu.[6] Inside Higher Ed menerbitkan data Tinjauan Pampasan Fakulti American Association of University Professors.
Syarikat ini berpangkalan di Washington, D.C., Amerika Syarikat. Ditubuhkan pada tahun 2004 oleh Scott Jaschik dan Doug Lederman,[7][8] dua bekas penyunting The Chronicle of Higher Education, serta Kathlene Collins, bekas pengurus perniagaa The Chronicle.
Kandungan Inside Higher Ed muncul secara teratur di penerbitan lain seperti Slate[9] dan Business Insider.[10] Inside Higher Ed telah diperakui oleh Persatuan Pengajian Pendidikan Tinggi[11] dan NASPA: Student Affairs Administrators in Higher Education.[12]