Inspektor Jeneral Bundeswehr | |
---|---|
Generalinspekteur der Bundeswehr | |
Kementerian Pertahanan Persekutuan | |
Status | Aktif |
Singkatan | GenInspBw |
Lapor kepada | Menteri Pertahanan Persekutuan |
Bidang kuasa | Jerman |
Pelopor | Oberkommando der Wehrmacht |
Dibentuk | 1 Jun 1957 |
Pemegang pertama | Jeneral Adolf Heusinger |
Timbalan/naib | Timbalan Inspektor Jeneral Bundeswehr |
Tapak web | https://www.bmvg.de/en/organisation/the-chief-of-defence |
sunting · sunting di Wikidata |
Inspektor Jeneral Tentera Persekutuan (Jerman: Generalinspekteur der Bundeswehr, GenInspBw ), secara rasminya diterjemah sebagai Ketua Pertahanan, merupakan jawatan tertinggi tentera yang disandang oleh seorang pegawai bertauliah dalam Bundeswehr, iaitu angkatan tentera terkini negara Jerman.
Kesemua Inspektor Jeneral memegang pangkat Jeneral atau Laksamana (4 bintang), dan mereka mengepalai Führungsstab der Streitkräfte, iaitu Staf Pertahanan Jerman didalam Kementerian Pertahanan Persekutuan, dan adalah penasihat terus tentera kepada Menteri Pertahanan Persekutuan yang merupakan penyandang kuasa pemerintahan tertinggi (Jerman: Inhaber der Befehls- und Kommandogewalt ).
Pegawai bawahan Inspektor Jeneral ialah para panglima perkhidmatan Bundeswehr, iaitu Inspektor Tentera Darat, Inspektor Tentera Udara, Inspektor Tentera Laut, dan para panglima Pasukan Bantuan Bersama dan Pasukan Perubatan Bersama.