สถาบันเทคโนโลยีพระจอมเกล้าเจ้าคุณทหารลาดกระบัง | |
Fail:King Mongkut's Institute of Technology Ladkrabang logo.svg | |
Moto | "Pendidikan dan penyelidikan bagi pembangunan sains dan teknologi sebagai tiang pembaharuan teknologi kebangsaan" ("การศึกษาวิจัยด้านวิทยาศาสตร์และเทคโนโลยีเป็นรากฐานของการพัฒนาประเทศ") |
---|---|
Jenis | awam |
Ditubuhkan pada | 1960 |
Siswazah | 5500 |
Ijazah/Sarjana | 2,000-3,000 |
Lokasi | , |
Kampus | Subbandar |
Warna | Orange White |
Penggabungan | PIPTAT |
Laman sesawang | www.kmitl.ac.th/ |
Institut Teknologi Raja Mongkut Ladkrabang (singkatan dalam bahasa Inggeris: KMITL atau KMIT Ladkrabang; dalam bahasa Melayu: ITRML atau ITRM Ladkrabang) ialah sebuah institusi pendidikan dan penyelidikan di Thailand. Ia terletak di Daerah Lat Krabang, Bangkok kira-kira berjarak 30 km ke arah timur daripada bahagian tengah bandar. Universiti ini mempunyai 9 fakulti yang telah ditubuhkan: kejuruteraan, seni bina, sains, pendidikan dan teknologi industri, teknologi pertanian, teknologi informasi, industri makanan, seni liberal, dan farmasi.