Institut Jantung Negara

Institut Jantung Negara Sdn Bhd
Jenis/bentuk sahPerusahaan milik negara
IndustriPenjagaan kesihatan
Ditubuhkan1 Ogos 1984; 40 tahun yang lalu (1984-08-01)
Ibu pejabatNo. 145, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur, Malaysia
Tokoh pentingTan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Pengerusi
Datuk Dr. Aizai Azan Abdul Rahim, Ketua Pegawai Eksekutif
Syarikat indukMenteri Kewangan Diperbadankan
Tapak webwww.ijn.com.my
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini


Institut Jantung Negara (IJN) merupakan hospital pakar untuk pesakit jantung di Malaysia. IJN ditubuhkan pada September 1992, terletak di sebelah kiri Jalan Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur. Kos pembinaan sebanyak RM15.5 juta. Ia diuruskan oleh IJN Holdings Sdn Bhd, milik penuh Kementerian Kewangan (99.9 %).

Tujuan IJN ditubuhkan bagi merawat pesakit jantung yang memerlukan pembedahan koronari, kardiologi dan kes pediatrik. Semua pesakit jantung yang serius dari seluruh negara dirujuk ke IJN bagi mendapat rawatan lanjut dan jika perlu, pembedahan koronari akan dilakukan. Antara perkhidmatan yang disediakan ialah diagnostik, terapeutik, pembedahan jantung untuk jantung terbuka, jantung tertutup, toracic, pemindahan dan lain-lain.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne