Kerangka | |
---|---|
Kependekan | Institut MASA |
Cogan kata | MASA Untuk Makmur Bersama |
Jenis/bentuk sah | Pertubuhan Bukan Kerajaan |
Tujuan | Kemanusiaan, Pendidikan, Ekonomi |
Bahasa rasmi | Bahasa Malaysia |
Tapak web | Institut Masa Depan Malaysia |
Sejarah | |
Dibentuk | 2 Januari 2019 |
Pengurusan | |
Pengasas dan Pengerusi | Tan Sri Muhyiddin Yassin |
Organisasi utama | Lembaga Pemegang Amanah |
Lokasi | |
(Optional) | |
Ibu pejabat | 192 Jalan Ara Bangsar 59100 Kuala Lumpur |
Lokasi | |
Kawasan perkhidmatan | Malaysia |
sunting · sunting di Wikidata |
Institut Masa Depan Malaysia atau ringkasnya Institut MASA adalah merupakan sebuah badan pemikir yang diasaskan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika masih menjawat jawatan sebagai Menteri Dalam Negeri Malaysia pada tahun 2019 lalu. Penubuhannya bertujuan untuk merangka Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 bagi memacu kemajuan ekonomi yang lebih baik bagi kemakmuran negara dan rakyat.[1]
Antara fungsi Institut MASA termasuklah memberikan khidmat nasihat, penyelidikan, penerbitan, analisa data dan program pembangunan kapasiti dan keupayaan.[2]
Pada 1 September 2021, MASA telah melantik seorang CEO baharu iaitu En Azril Mohd Amin. Azril berpengalaman lebih 18 tahun sebagai pengamal undang-undang dan pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Beliau juga terbabit dengan penyelidikan terkemuka di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Azril juga pernah berkhidmat sebagai Pegawai Khas kepada bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di bawah portfolio dan dasar awam.