![]() | |
Jenis/bentuk sah | Syarikat awam |
---|---|
Ditubuhkan | Ditubuhkan pada tahun 1985; dan diperbadankan sebagai sebuah syarikat di bawah Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) pada November 1996, menggunakan nama MIMOS Berhad. |
Ibu pejabat | Kuala Lumpur, Malaysia |
Tokoh penting | Dr. Iskandar Samad, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) |
Keluaran | Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Gunaan Nasional Malaysia |
Tapak web | www |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
MIMOS Berhad (atau MIMOS) adalah pusat Penyelidikan dan Pembangunan Gunaan Nasional Malaysia, serta sebuah agensi strategik di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI). Misi MIMOS ialah merintis teknologi maklumat dan komunikasi (information and communication technology, ICT) untuk mengembangkan industri tempatan agar dapat bersaing di peringkat global. Syarikat ini ditubuhkan sebagai Institut Sistem Mikroelektronik Malaysia pada tahun 1985.[1]
Pada dasarnya, peranan MIMOS adalah untuk membantu menggerakkan industri ICT Malaysia yang lebih tinggi dalam rantaian nilai dan peralihan jarum ekonomi. Badan ini juga bertujuan untuk mengubah semula industri tempatan Malaysia untuk bermain dalam pasaran khusus di peringkat global melalui penggunaan harta intelek disediakan MIMOS. MIMOS telah memfailkan lebih daripada 1,200 Harta Intelek dalam pelbagai bidang teknologi dan merentasi sektor-sektor sosio-ekonomi utama negara.
Aktiviti R&D MIMOS memberi tumpuan kepada 10 bidang teras teknologi iaitu Analisis Kecanggihan dan Pemodelan, Kecanggihan Perkomputeran, Informatik Pintar, Keselamatan Maklumat, Teknologi Pengetahuan, Mikrotenaga, Mikroelektronik, Nanoelektronik, Psikometrik dan Komunikasi Wayarles.
|trans_title=
(bantuan)