Institut Teknologi Bandung

Institut Teknologi Bandung
Lambang ITB

Diasaskan 1959
Jenis Universiti negeri
Rektor Prof. Dr. Ir. Tatacipta Dirgantara, M.T. [1]
Lokasi Kota Bandung, Jawa Barat
Laman web rasmi http://www.itb.ac.id/

Institut Teknologi Bandung (ITB) adalah sebuah institut yang terletak di Kota Bandung, Jawa Barat, Indonesia. ITB didirikan pada tanggal 2 Mac 1959.

Keluasan kampus utama ITB di sebelah utara kota Bandung serta bahagian lain kampus ialah 770,000 m².

Asrama mahasiswa, perumahan pensyarah dan pejabat pusat pentadbiran tidak terletak di kampus utama namun masih berada dalam kawasan berdekatan dengan kampus. Kemudahan yang disediakan di kampus antaranya ialah kedai buku, pejabat pos, kantin dan klinik.

Selain ruangan kuliah, makmal, bengkel dan studio, ITB memiliki sebuah galeri seni iaitu Galeri Soemardja, kemudahan olahraga, dan sebuah Pusat Kampus. Di dekat kampus juga terdapat Masjid Salman untuk beribadah dan aktiviti keagamaan umat Islam di ITB. Untuk mendukung pelaksanaan aktiviti akademik dan penyelidikan, terdapat kemudahan pendukung akademik, di antaranya Perpustakaan Pusat (dengan koleksi sekitar 150,000 buku dan 1000 judul jurnal), Pusat Bahasa, pusat layanan komputer (ComLabs) dan Balai Cerap Bosscha (salah satu kemudahan dari Kelompok Keahlian Astronomi FMIPA), terletak 11 kilometer di sebelah utara Bandung.

Rektor ITB pada ketika ini merupakan Prof. Dr. Ir. Tatacipta Dirgantara, M.T. (hasil pemilihan pada Bulan Disember 2024) untuk tempoh 2025-2030.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne