Sebahagian kandungan di laman rencana ini menggunakan istilah atau struktur ayat yang terlalu menyebelahi gaya bahasa negara tertentu hasil penggunaan semula kandungan sumber tanpa pengubahsuaian. Anda diminta mengolah semula gaya bahasa rencana ini supaya penggunaan istilah di rencana ini seimbang, selaras serta mudah difahami secara umum dalam kalangan pengguna bahasa Melayu yang lain menggunakan laman Istilah MABBIM kelolaan Dewan Bahasa dan Pustaka. Silalah membantu. Kata nama khas dan petikan media tertentu (seperti daripada akhbar-akhbar atau dokumen rasmi) perlu dikekalkan untuk tujuan rujukan. Sumber perkamusan dari Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia juga disediakan. Anda boleh rujuk: Laman Perbincangannya • Dasar dan Garis Panduan Wikipedia • Manual Menyunting |
Internet benda (Inggeris: Internet of things; singkatan: IoT) ialah rangkaian alatan, kenderaan, perkakasan rumah dan barang fizikal lain yang diterapkan dengan komponen elektronik, perisian, sensor, penggerak dan ketersambungan yang membenarkan alatan sedemikian untuk berhubung, mengumpul serta bertukar data.[1][2][3][4]
Ia melibatkan peluasan ketersambungan Internet melebihi alat-alat standard seperti komputer dan telefon pintar kepada alatan teknologi lama yang sebelum ini ada dianggap "kaku". Penerapan teknologi dalam perkakasan-perkakasan "kaku" ini turut membenarkan alatan-alat berkomunikasi sesama sendiri melalui Internet lalu boleh diperhatikan dan dikawal dari jauh.