Iodin digunakan untuk merawat dan mencegah kekurangan iodin dan sebagai antiseptik.[1][2] Untuk kekurangan iodin[3] ia boleh diberikan melalui mulut atau suntikan ke dalam otot.[1] Sebagai antiseptik ia boleh digunakan pada luka yang basah atau untuk membasmi kuman kulit sebelum pembedahan.[2]
Kesan sampingan daripada pengambilan secara topikal termasuklah kerengsaan dan perubahan warna. [2] Apabila diambil melalui mulut atau suntikan, kesan sampingan pengambilan iodin mungkin termasuk tindak balas alahan, goiter dan disfungsi tiroid. [1] Penggunaan semasa kehamilan disyorkan di kawasan yang kekurangan adalah biasa, jika tidak, ia tidak disyorkan. [1][2] Iodin adalah unsur surih yang penting. [1]
Pada tahun 1811, Bernard Courtois mengasingkan iodin daripada rumpai laut manakala pada tahun 1820, Jean-Francois Coindet telah mengaitkan pengambilan iodin kepada saiz goiter. [4] Ia mula digunakan sebagai pembasmi kuman dan untuk goiter.[5][6] Ia berada dalam Senarai Ubat Penting Pertubuhan Kesihatan Sedunia. [7]Garam meja dengan iodin, dikenali sebagai garam beryodium, boleh didapati di lebih daripada 110 negara. [8]
^ abcdeWorld Health Organization (2009). Stuart MC, Kouimtzi M, Hill SR (penyunting). WHO Model Formulary 2008. World Health Organization. m/s. 499. hdl:10665/44053. ISBN9789241547659. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "WHO2008" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
^ abcd"Iodine". The American Society of Health-System Pharmacists. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 January 2017. Dicapai pada 8 January 2017. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "AHFS2017" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
^"Iodine Deficiency". American Thyroid Association (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-11-18.
^World Health Organization (2019). World Health Organization model list of essential medicines: 21st list 2019. Geneva: World Health Organization. hdl:10665/325771. WHO/MVP/EMP/IAU/2019.06. License: CC BY-NC-SA 3.0 IGO.