Hj. Irman Gusman, MBA (lahir 11 Februari 1955 di Padang Panjang, Indonesia) adalah Ketua Dewan Perwakilan Daerah (DPD) Indonesia tempoh 2009-2014.[1] Sebelumnya, dia juga pernah menjawat anggota Majlis Musyawarah Rakyat (MPR) tempoh 1999-2004 sebagai Utusan Daerah Sumatera Barat, serta Wakil Ketua Fraksi Utusan Daerah MPR tempoh 2002-2004.[2]
Latar belakang pendidikan Irman Gusman ialah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari School of Business University of Bridgeport, Connecticut, Amerika Syarikat, serta Sarjana Muda Perdagangan dari Universitas Kristen Indonesia, Jakarta.[3] Sebelum mencebur diri ke dunia politik, Irman adalah seorang pengusaha yang berasal dari Sumatera Barat.[2]