Isla Fisher

Isla Fisher
Isla Fisher di Festival Filem Cannes 2013
Kelahiran
Isla Lang Fisher

(1976-02-03) 3 Februari 1976 (umur 49)[1]
WarganegaraAustralia
PekerjaanPelakon, Penulis
Tahun aktif1993 - kini
Kampung asalPerth, Australia Barat
PasanganSacha Baron Cohen (k. 2010)
Anak-anak3

Isla Lang Fisher (/ˈlə/; lahir 3 Februari 1976) ialah seorang pelakon dan penulis Australia.[2][3][4][5][6] yang memulakan kerjaya beliau di televisyen Australia. Dilahirkan kepada ibu bapa Scotland di Oman, beliau berpindah ke Australia pada usia enam tahun. Setelah muncul di iklan televisyen pada usia muda, Isla Fisher terkenal dengan lakonannya sebagai Shannon Reed dalam lipur lara Home and Away dari 1994 hingga 1997, dengan memperoleh dua pencalonan Anugerah Logie.

Isla Fisher membuat peralihan yang berjaya ke Hollywood dalam filem adaptasi aksi langsung Scooby-Doo (2002), dan sejak itu telah mencapai kemasyhuran untuk peranannya dalam Wedding Crashers (2005), Hot Rod (2007), Confessions of a Shopaholic (2009), The Great Gatsby (2013), dan Now You See Me (2013). Kredit filem beliau termasuk I Heart Huckabees (2004), The Lookout (2007), Definitely, Maybe (2008), Burke & Hare (2010), Bachelorette (2012), Visions (2015), Grimsby, Nocturnal Animals, Keeping Up with the Joneses (kesemuanya 2016), dan Tag (2018). Di samping itu, beliau menyuarakan watak dalam filem animasi seperti Horton Hears a Who! (2008), Rango (2011), dan Rise of the Guardians (2012). Di televisyen, beliau menjayakan peranan yang berulang dalam musim keempat dan kelima Arrested Development (2013, 2018).

  1. ^ "Isla Fisher Biography (1976 - )". FilmReference.com. Dicapai pada 23 October 2012.
  2. ^ Marcie Muir, Kerry White (1992). Australian Children's Books: 1989–2000. Melbourne University Publishing.
  3. ^ "Daddy's little girl! Isla Fisher joined by her father at premiere of new film Rango". Daily Mail. London. 22 February 2011.
  4. ^ "Isla Fisher maintains she is not a shopaholic , STV Video". Video.stv.tv. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Disember 2009. Dicapai pada 6 Mei 2010.
  5. ^ Roberts, Sheila (25 Mac 2007). "Isla Fisher Interview, The Lookout". MoviesOnline. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 September 2007. Dicapai pada 26 Mac 2007.
  6. ^ "Isla an Aussie at heart". Sunday Mail. 25 March 2007. Dicapai pada 26 March 2007.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne