Istana kota Deal merupakan salah sebuah istana kota meriam persisiran kurun ke-16 yang terletak di Deal, Kent, Britain. Ia telah dibina di atas perintah Raja Henry VIII sebagai tindak balas pada ancaman serangan semasa kurun ke-16, Deal merupakan salah satu kubu terakhir di England yang dibina khusus sebagai kubu tentera. Oleh kerana kawasan ini dianggap agak lemah, Raja Henry VIII dari England memerintah agar jajaran kota pertahanan di bina sepanjang dua batu persisiran The Downs. Istana kota Walmer dan Istana kota Sandown,(rujukan grid TR378521) bersama Kota Deal pada asalnya bersambung dengan tembok tanah dan akan meberikan pertahanan yang kukuh sepanjang persisiran Kentish. Kini tidak ada apa yang tinggal dari tembok tanah, mahupun kota Sandown. Berdasarkan tembok dalam tembok, istana kota Deal merupakan yang terbesar diantara kota Henry. Berbentuk ros Tudor, ia seimbang dengan Menara Utama terletak ditengah-tengah.
Mengelilingi Menara Utama terdapat enam bastion separa bulat, setinggi satu tingkat dan terdapat enam unjuran 'separa bulan' luas lanjut yang membentuk tembok pertahanan. Idea memberikan permukaan bulat pada semua tembok luar kota memberikan dua kesan. Yang pertama ia mengukuhkan bangunan ini dengan banyaknya tetapi, lebih penting, ia mampu melantunkan tembakan dengan lebih berkesan. Lebih lanjut lagi, pembinaan bulat kota Deal adalah ia memberikan perlindungan meriam yang baik, dengan lebih 200 meriam dan liang meriam pada lima lapisan. Dikelilingi oleh parit kota yang dalam, ia kemungkinannya memiliki kubu pertahanan yang paling kuat dibina.
Laluan ke kota dahulunya adalah melalui jambatan angkat merentasi parit kota, menghala ke bastion besar luar disebelah barat. Bertindak juga sebagai rumah pagar, bastion ini mengekalkan pintu kayu oak berikat besi kurun ke-16 pada laluan masuk. Oleh kerana istana kota Deal dibina khusus sebagai kota, tidak terdapat tempat kediaman yang biasa di Menara Utama. Tempat tinggal asas disediakan di tingkat bawah bagi tentera denga kemudahan lebih baik sedikit pada tingkat satu bagi kapten. Bilik bawah tanah digunakan sebagai tempat simpan bekalan dan peluru, dan kemungkinannya tahanan. Perigi terletak di kamar gerbang tengah di bilik bawah tanah, memastikan Menara Utama mampu berdikari. Disebalik pengubahsuaian yang dilakukan pada kurun ke-18 dan kurun ke-19, sesetengah bastion kekal tidak diusik.