Istana kota Scarborough | |
---|---|
Sebahagian daripada Yorkshire Utara | |
Scarborough, England | |
![]() Menara Ibu dan benteng | |
Ralat Lua pada baris 511 di Modul:Location_map: Tidak dapat cari takrifan peta lokasi yang ditentukan: "Modul:Peta lokasi/data/eNorth Yorkshire" tidak wujud. | |
Koordinat | 54°17′13″N 0°23′17″W / 54.287°N 0.388°WKoordinat: 54°17′13″N 0°23′17″W / 54.287°N 0.388°W |
Tinggi | 49 kaki (15 m) |
Maklumat tapak | |
Pemilik | Raja |
Dikawal oleh | Warisan Inggeris |
Status | Runtuhan |
Sejarah tapak | |
Dibina | Kurun ke-12 |
Dibina oleh | William le Gros |
Diguna sejak | Capaian awam |
Bahan | Batu kapur Batu pasir |
Peristiwa | English Civil War |
Istana kota Scarborough merupakan salah sebuah istana kota yang terletak di Britain. Istana kota Scarborough terletak di pinggir jurang sepanjang persisiran Yorkshire Utara, kawasan pertahanan semulajadi dan tempat peninjauan yang sempurna, Istana kota Scarborough masih tersergam 300 kaki (90 m) atas bandar dan pelabuhan yang terletak di bawahnya. Tanah yang secara kasarnya berbentuk tiga segi mengunjur membentuk Bukit Istana kota telah diduduki lebih selama 2,500 tahun, tetapi kubu batu pertama di tapak tersebut tidak di bina sehingga awal kurun ke dua belas oleh William le Gros. Peninggalan dari bangunan awalnya termasuk gereja kecil chapel, banyak diubah pada kurun ke empat belas, dan tembok pertahanan yang diperkukuhkan oleh Raja Henry II pada bahagian kedua kurun ke dua belas. Henry II turut bertanggungjawab bagi meruntuhkan menara pagar asal dan membina Menara Ibu segi empat sama setinggi tiga tingkat yang lebih kukuh yang menjadi kebiasaan tempoh itu, dilindungi lebih lanjut oleh bangunan hadapan tradisional.
Sungguhpun puncak Menara Ibu telah hilang, dinding yang masih ada memberikan petunjuk baik mengenai bagaimana bagusnya struktur ini masa itu. Pendiang api pada tingkat pertama dan kedua masih kelihatan pada dinding. Tidak ada apa yang tinggal dari bekas bangunan hadapan yang kukuh kecuali asasnya, yang jelas menunjukkan saiznya, dan anggaran ketinggian sehingga 40 kaki (12m). Dari awal kurun ke tiga belas istana kota itu telah menjadi kebal, sungguhpun pertahanan luaran masih di perelok dan diperkukuh secara berterusan. Istana kota Scarborough merupakan tapak Utara penting secara strategik bagi Raja dan Ratu England bagi hampir selama lima kurun, dan dengan setiap pemerintahan baru datang tambahan dan pembaikan tambahan pada struktur asal.
Sepanjang kurun ke empat belas menara luar (barbican) disiapkan, sungguhpun banyak diubah melalui masa. Memberikan pertahanan tambahan pada tapak istana kota, menara luar terdiri dari dua menara separa silinder di kedua belah laluan masuk dengan laluan diberikan perlindungan tambahan dari dua menara pada dinding kedua belah sisi. Tidak menghairankan, istana kota ini mengalami hanya dua kerosakan teruk sepanjang sejarahnya yang lama dan pelbagai. Semasa Perang Saudara England, is mengalami bedilan meriam berpanjangan, mengakibatkan kerosakan teruk, dan pada tahun 1914 bandar dan istana kota ini diserang oleh penjajap tempur Jerman, mengakibatkan kemusnahan banyak dari struktur yang tinggal.
Sungguhpun dalam keruntuhan, kekuatan Istana kota Scarborough jelas kelihatan, dan sekyen Menara Ibu Henry II yang terselamat mengingatkan pelawat mengenai masa kekacauan dan perubahan nasib yang kebanyakan kota sebegini alami.