Koordinat: 35°41′05.11″N 139°45′08.85″E / 35.6847528°N 139.7524583°E
Istana Maharaja Tokyo atau Tokyo Imperial Palace (皇居, Kōkyo) adalah kediaman utama Maharaja Jepun. Ia adalah kawasan yang besar yang terletak di Chiyoda, Tokyo berhampiran Stesen Tokyo. Terdapat beberapa bangunan utama termasuk istana (宫殿, Kyūden), kediaman peribadi keluarga, arkib, muzium dan pejabat pentadbiran.
Ia dibina di atas tapak lama Istana Edo. Luasnya 3,41 kilometer persegi (1.32 sq mi). Semasa kemuncak gelembung hartanah Jepun 1980-an, nilai tanahnya melebihi semua hartanah di California.[1][2]