Istana Pasir Pelangi ialah istana dan kediaman rasmi bagi Tunku Mahkota Johor. Ia terletak di bandar Pasir Pelangi, Johor Bahru, Malaysia. Istana ini dibina sekitar tahun 1911/1912.[perlu rujukan]
Semasa Sultan Ibrahim menaiki takhta pada tahun 2010, baginda tetap bersemayam di istana ini buat sementara waktu apabila baginda mengarahkan agar Istana Besar dan Istana Bukit Serene dibaikpulih.