Dalam bidang kejuruteraan elektrik, juga amnya di dalam perhubungan dan pemprosesan isyarat, isyarat (serapan Arab: إِشَارَة, rumi: isyārah "tanda" terbitan kata kerja أَشَارَ asyara "menunjukkan; menandakan"[1]) ialah satu kuantiti yang berubah dari segi masa atau ruang. Isyarat elektrik memainkan peranan memindahkan maklumat dalam bentuk analog mahupun digital.