J. R. R. Tolkien

J. R. R. Tolkien

LahirJohn Ronald Reuel Tolkien
(1892-01-03)3 Januari 1892
Bloemfontein, Negara Bebas Oranye (kini dalam Afrika Selatan)
Meninggal dunia2 September 1973(1973-09-02) (umur 81)
Bournemouth, England
PekerjaanPenulis, cendekiawan, ahli filologi, penyajak
WarganegaraBritish
Alma materExeter College, Oxford
GenreFantasi, penterjemahan, kritikan sastera
Karya terkenal
PasanganEdith Bratt (k. 1916; d. 1971)
Anak
Tandatangan
Fail:JRR Tolkien signature - from Commons.svg
Kerjaya ketenteraan
Kesetiaan United Kingdom
Perkhidmatan Tentera Darat British
Tahun perkhidmatan1915–1920
PangkatLeftenan
UnitLancashire Fusiliers
PertempuranPerang Dunia Pertama
J .R .R. Tolkien

John Ronald Reuel Tolkien CBE (3 Januari 18922 September 1973) ialah seorang pengarang, pengkaji bahasa serta askar dari United Kingdom. Beliau merupakan seorang profesor mengkhusus dalam bidang Bahasa Inggeris Lama di Universiti Oxford dari 1925 hingga 1945, dan untuk bahasa dan kesusasteraan Inggeris, juga di Oxford, antara 1945 hingga 1959.

Antara karyanya yang paling terkenal ialah The Hobbit dan susulannya, The Lord of the Rings. Selain daripada itu, beliau turut menghasilkan suatu himpunan mitologi cerekanya berjudul Legendarium yang mengisahkan konon-kononnya Bumi pada masa lampau dahulu. Kebanyakan karyanya disusun daripada nota-nota Tolkien oleh anak lelakinya, Christopher Tolkien.

Larisnya karya-karya Tolkien yang terkenal telah menjadikan genre fantasi ini diberi nafas dan minat baharu sehingga banyak karya yang muncul diinspirasikan karya beliau; beliau dianggap sebagai "bapa sastera fantasi moden" atas sebab ini.[1][2]

  1. ^ Mitchell, Christopher. "J. R. R. Tolkien: Father of Modern Fantasy Literature". Veritas Forum. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Jun 2009. Dicapai pada 2 Mac 2009. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  2. ^ The Oxford companion to English Literature calls him "the greatest influence within the fantasy genre. (Sixth edition, 2000, page 352. Ed. Margaret Drabble.)

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne