JF-17 Thunder FC-1 Fierce Dragon | |
---|---|
| |
Peranan | JF-17A Blok I: Pesawat pejuang serang JF-17B Blok II: Pesawat pejuang serang multirol JF-17C Blok III: Pesawat pejuang multirol keunggulan udara |
Pengeluar | Perbadanan Industri Pesawat Chengdu (PIPC) Kompleks Penerbangan Pakistan (KPP) |
Penerbangan sulung | 25 Ogos 2003 |
Diperkenalkan | 12 Mac 2007 |
Status | Beroperasi dengan Tentera Udara Pakistan sejak 18 Februari 2010,[1] sedang menjalani pembangunan avionik dan radar. |
Pengguna utama | Angkatan Udara Tentera Pembebasan Rakyat Tentera Udara Pakistan |
Dikeluarkan | China: Jun 2007–kini Pakistan: Januari 2008–kini |
Jumlah dibina | 166+ |
Kos seunit | AS$ 15 juta (anggr.) [2] |
PAC JF-17 Thunder (Urdu: تھنڈر), juga dikenali sebagai Chengdu FC-1 Fierce Dragon (Tulisan Cina Ringkas 枭龙, Tulisan Cina Tradisional 梟龍, pinyin:Xiāo Lóng) [3] di China, merupakan sebuah pesawat tempur pelbagai peranan, satu tempat duduk yang dibangunkan secara bersama oleh China dan Pakistan. Designasi "JF" dan "FC" masing-masing merujuk kepada "Joint Fighter" dan "Fighter China". Dua buah pesawat pertama telah diserahkan kepada Tentera Udara Pakistan pada 12 Mac 2007.[4] JF-17/FC-1 direka sebagai sebuah pesawat berkos rendah yang memenuhi keperluan taktikal dan strategik tentera udara di negara-negara membangun. Pada 22 Januari 2008, Pakistan telah memulakan siri pengeluaran pesawat di Kompleks Penerbangan Pakistan, Kamra.[5][6][7]
|date=
(bantuan)
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama JF-17 Thunder, PAC Kamra