Kumpulan Pakar Fotografi Bersama | |
---|---|
Gambar seekor kucing liar Eropah dengan kadar pemampatan menurun, dan oleh itu kualiti meningkat, dari kiri ke kanan | |
Sambungan fail: |
|
Jenis media Internet: | image/jpeg |
Kod jenis: | JPEG |
Pengecam Jenis Seragam: | public.jpeg |
Magik: | ff d8 ff |
Dibangunkan oleh: | Kumpulan Pakar Fotografi Bersama |
Jenis format: | format imej hilang |
Piawai: | ISO/IEC 10918, ITU-T T.81, ITU-T T.83, ITU-T T.84, ITU-T T.86 |
JPEG (/ˈdʒeɪpɛɡ/ JAY-peg)[1] ialah satu kaedah pemampatan hilang yang biasa digunakan untuk imej digital, terutamanya bagi imej yang dihasilkan oleh fotografi digital. Darjah pemampatan boleh dilaraskan, membenarkan keseimbangan boleh pilih antara saiz storan dengan kualiti imej. JPEG biasanya mencapai 10:1 mampatan dengan sedikit kehilangan dapat dilihat dalam kualiti imej.[2]
Pemampatan JPEG digunakan dalam beberapa format fail imej. JPEG/Exif ialah format imej yang paling biasa digunakan oleh kamera digital dan peranti tangkapan imej fotografi yang lain; bersama dengan JPEG/JFIF, ia merupakan format yang paling biasa untuk menyimpan dan menyiarkan gambar foto di Jaringan Sejagat.[3] Kepelbagaian format ini selalunya tidak dibezakan, dan biasanya dipanggil JPEG.
Istilah "JPEG" ialah singkatan bagi Joint Photography Expert Graphics (bahasa Melayu: Kumpulan Pakar Fotografi Bersama), yang telah mencipta piawai ini. Jenis media MIME untuk JPEG ialah image/jpeg, kecualia dalam versi-versi lama Internet Explorer, yang membekalkan jenis MIME image/pjpeg apabila memuat naik imej JPEG.[4] Fail-fail JPEG biasanya ada sambungan nama fail .jpg atau .jpeg.
JPEG/JFIF menyokong saiz imej maksimum 65,535×65,535 piksel,[5] oleh itu sehingga 4 gigapiksel untuk nisbah bidang 1:1.
The JPEG still-image-compression levels, even with the large range of 5:1 to 120:1 in this study, yielded equally high levels of acceptability
|deadurl=
ignored (bantuan); Cite uses generic title (bantuan)