Jab Tak Hai Jaan | |
---|---|
Pengarah | Yash Chopra |
Lakon layar | Aditya Chopra Devika Bhagat |
Cerita oleh | Aditya Chopra (Juga Dialog) |
Dihasilkan oleh | Aditya Chopra |
Dibintangi | Shah Rukh Khan Katrina Kaif Anushka Sharma |
Sinematografi | Anil Mehta |
Disunting oleh | Namrata Rao |
Muzik oleh | A. R. Rahman |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | Yash Raj Films |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 176 minit[1] |
Negara | India |
Bahasa | Hindi |
Bajet | ₹37 crore [2] |
Pecah panggung | ₹215 crore |
Jab Tak Hai Jaan (Selagi Ku Masih Hidup) ialah filem drama romantik India 2012 arahan Yash Chopra; tulisan dan terbitan oleh Aditya Chopra menerusi syarikat mereka, Yash Raj Films. Ia dibintangi oleh Shah Rukh Khan sebagai Samar Anand, seorang pakar pemusnah bom yang diarinya jatuh ke tangan seorang intern lakonan Anushka Sharma. Diari ini menceritakan masanya sebagai pendatang yang bergelut di London, dan kemudian mengetengahkan percintaan bayangannya dengannya Meera Thapar, dilakonkan oleh Katrina Kaif.
Filem ini menandakan kolaborasi kedua Khan dan Sharma, selepas Rab Ne Bana Di Jodi (2008) dan yang pertama antara Khan dan Kaif. Yash Chopra kembali mengarah lapan tahun selepas Veer-Zaara. Ini merupakan filem keempat arahan Chopra yang menampilkan Shah Rukh Khan dalam watak utama. Ia merupakan filem terakhir arahan Chopra sebelum kematiannya pada Oktober 2012.[3]