United States Department of State | |
![]() Cap Mohor | |
![]() Bendera | |
![]() Ibu pejabat Jabatan Negara Amerika Syarikat di The Harry S Truman Building | |
Intisari jabatan | |
---|---|
Dibentuk | 27 Julai 1789 |
Agensi terdahulu |
|
Jenis | Jabatan |
Bidang kuasa | Pemerintah Persekutuan Amerika Syarikat |
Ibu pejabat | The Harry S Truman Building 2201 C Street, Northwest, Washington, DC 38°53′39″N 77°2′54″W / 38.89417°N 77.04833°W |
Kakitangan | 69,000 orang [1] |
Belanjawan tahunan | $52.505 billion [2] |
Eksekutif jabatan | |
Laman sesawang | https://www.state.gov |
Jabatan Negara Amerika Syarikat ( Bahasa Inggeris : United States Department Of State ; singkatan : DOS ) ialah jabatan eksekutif persekutuan Amerika Syarikat yang bertanggungjawab atas hubungan antarabangsa Amerika Syarikat, bersamaan dengan Kementerian Luar Negeri di negara lain. Jabatan ini ditubuhkan pada tahun 1789 dan merupakan jabatan eksekutif pertama yang ditubuhkan.
Jabatan ini beribu pejabat di The Harry S Truman Building yang terletak di 2201 C Street, Northwest, Washington, DC agak dekat dengan Rumah Putih di kawasan kejiranan Foggy Bottom. Jabatan ini mengelola misi-misi diplomatik AS ke luar negara dan bertanggungjawab atas dasar luar Amerika Syarikat dan usaha-usaha diplomasi AS.
Jabatan ini diketuai oleh Setiausaha Negara Amerika Syarikat yang dicalonkan oleh Presiden Amerika Syarikat dan dipersetuji oleh Senat Amerika Syarikat, sekaligus menanggotai Kabinet Amerika Syarikat.