Intisari jabatan eksekutif | |
---|---|
Dibentuk | 7 Ogos 1789 |
Dibubarkan | 18 September 1947 |
Agensi-agensi yang mengambil alih | |
Jenis | Jabatan eksekutif |
Menteri bertanggungjawab | |
Agensi anak |
Jabatan Perang Amerika Syarikat, juga dipanggil Jabatan Perang (dan kadang-kala Pejabat Perang di awal tahunnya), adalah jabatan Kabinet Amerika Syarikat yang pada asalnya bertanggungjawab bagi operasi dan penyelenggaraan Tentera Darat Amerika Syarikat, juga memikul tanggungjawab bagi hal ehwal tentera laut sehingga penubuhan Jabatan Tentera Laut pada tahun 1798, dan bagi kebanyakan tentera udara yang berpangkalan di darat sehingga kewujudan Jabatan Tentera Udara pada 18 September 1947.
Setiausaha Perang adalah penjawat awam yang mempunyai tanggungjawab seperti kewangan dan pembelian serta peranan kecil dalam pengarahan hal ehwal ketenteraan, mengepalai Jabatan Perang di sepanjang kewujudannya.
Jabatan Perang wujud dari 7 Ogos 1789[1] sehingga 8 September 1947, apabila ia dipecahkan kepada Jabatan Tentera Darat dan Jabatan Tentera Udara dan disertai Jabatan Tentera Laut sebagai sebahagian daripada Lembaga Ketenteraan Nasional (NME) yang baru, dinamakan semula Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat pada tahun 1949.