![]() |
![]() | |
Kelahiran | Chan Song Kang 7 April 1954 Victoria Peak, Hong Kong British |
Nama lain |
|
Pusat pendidikan | Sekolah Opera Peking (1962 - 1971) |
Pekerjaan |
|
Tahun aktif | 1962–kini |
Terkenal kerana |
|
Pasangan | Joan Lin (k. 1982) |
Anak-anak | Jaycee Chan |
Ibu bapa | Charles Chan (ayah) Lee-Lee Chan (ibu) |
Kerjaya muzik | |
Genre | Cantonpop, Mandopop, Pop Inggeris, J-pop |
Instrumen | Vokal |
Tahun aktif | 1962–kini |
Laman web rasmi | jackiechan.com |
Datuk Chan Kong-sang (陳港生; lahir 7 April 1954) atau lebih dikenali dengan nama pentas Jackie Chan ialah seorang artis seni bela diri, pelakon, pengarah filem, penerbit, pelagak ngeri dan penyanyi di Hong Kong. Dalam filemnya, beliau terkenal dengan gaya berlawan akrobatik, penggunaan mengubah senjata dan lagak ngeri, yang mana dia biasa melakukannya sendiri. Chan mempunyai latihan dalam Wushu, Kung fu dan Hapkido. Dia mula berlakon sejak tahun 1962 dan telah berlakon lebih dari 150 buah filem.
Chan juga merupakan seorang bintang pop yang utama di Asia dan telah menerbitkan melebihi 100 judul lagu dalam 20 album sejak 1984. Beliau juga boleh bertutur dalam banyak bahasa, termasuk bahasa Inggeris, Kantonis, Mandarin, Jepun dan Melayu. Chan juga menyanyikan banyak daripada lagu tema dalam filem-filemnya. Dia juga adalah seorang dermawan. Pada tahun 2015, majalah Forbes dianggarkan dia bernilai bersih menjadi kepada $350 juta.