Jacky Cheung 張學友 | |
---|---|
![]() Jacky Cheung pada tahun 2018 di Connecticut | |
Nama lahir | Jacky Cheung Hok-Yau 張學友 |
Asal | Hong Kong, China |
Pekerjaan | Penyanyi, Pelakon |
Jenis muzik | Cantopop, Pop Mandarin |
Alat muzik | Suara, gitar |
Jenis suara | Bariton |
Syarikat rakaman | Universal Music Group |
Tahun aktif | 1985 - kini |
Pasangan | May Lo Mei Mei (羅美薇) |
Laman web rasmi | www.jackycheung.hk |
Jacky Cheung Hok-Yau (Cina Tradisional: 張學友, Cina Ringkas: 张学友, pinyin: ZhangXueYou) (lahir 10 Julai 1961) ialah seorang pelakon dan penyanyi dari Hong Kong.
Jacky memulakan kerjaya bernyanyi pada tahun 1985. Pada tahun 1995, di kemuncak kerjayanya dia mengadakan lawatan 105 konsert dari Hong Kong ke seluruh dunia termasuk Eropah dan A.S., termasuk Kuala Lumpur dan Genting Highlands. Semasa Sukan Asia 2006 di Doha dia menyanyikan lagu tema Together Now. Dia juga pelakon filem yang berjaya, berlakon dalam filem seperti Swordsman (1990) dan Perhaps Love (2005).
Bersama Aaron Kwok, Andy Lau dan Leon Lai, dia digelar Four Heavenly Kings (四大天王) Cantopop oleh media bahasa Cina.[1] Dia juga digelar "Dewa Lagu" (歌神) Kedua.